Semasa Himpunan Berita Terkini Serta Isu-Isu Semasa

You are here: Front Page of Semasa - Himpunan Berita Terkini Serta Isu-Isu Semasa

Pendaftaraan STAM Bermula 1 Feb Hingga 31 Mac Ini

January 28th, 2012 0 Comments

Pendaftaraan STAM Bermula 1 Feb Hingga 31 Mac Ini KUALA LUMPUR, - Pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2012 akan dibuka mulai 1 Feb sehingga 31 Mac ini. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini, borang pendaftaran bagi calon sekolah dan persendirian boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran. LPM berkata pendaftaran lewat tidak akan dilayan dan maklumat terperinci tentang pendaftaran itu boleh didapati dengan melayari laman web...

PDRM Rampas Tangga Teratas Liga Perdana

January 28th, 2012 0 Comments

PDRM Rampas Tangga Teratas Liga PerdanaKUALA LUMPUR, - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas tangga teratas Liga Perdana daripada Pahang selepas mengalahkan Perlis 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Jumaat malam. Pahang akan bertemu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan tunggal Liga Perdana pada 3 Feb ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Khairul Izuan Abdullah menjadi wira pasukan polis apabila menjaringkan keempat-empat gol pada min-24, 27, 55 dan 87 manakala dua gol Perlis dijaringkan...

Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’

January 28th, 2012 0 Comments

Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’ PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu. A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan...

Zed Zaidi Sedih Tiada Anak Kembar

January 28th, 2012 0 Comments

Zed Zaidi Sedih Tiada Anak Kembar PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini. Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu. "Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas...

Fahrin Dedah Rahsia Elak Wanita Diperdaya Lelaki

January 28th, 2012 0 Comments

Fahrin Dedah Rahsia Elak Wanita Diperdaya Lelaki PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad ingin “membocorkan” rahsia mengenai lelaki untuk menyelamatkan para wanita agar tidak diperdaya oleh golongan itu. Fahrin berkata, dia terdorong untuk melakukan perkara tersebut kerana mendapati sejak kebelakangan ini ramai wanita yang sering teraniaya dek kata-kata manis lelaki selain melihat gejala sosial yang semakin merebak. “Saya merasakan perlu untuk berkongsi rahsia bagaimana seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata manisnya untuk...

Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

January 28th, 2012 0 Comments

Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu. Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa. "Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar...

Bunyi Ghairah Dari Bilik

January 27th, 2012 1 Comment

Bunyi Ghairah Dari BilikKUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka. Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada...

Tiada Puntianak Di Menara Condong

January 27th, 2012 0 Comments

Tiada Puntianak Di Menara Condong TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini. Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan. Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka...

Berdosa Percaya Ramalan Kiamat

January 27th, 2012 1 Comment

Berdosa Percaya Ramalan Kiamat KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat. Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan...

Rogol, Cabul Murid Dalam Makmal

January 27th, 2012 0 Comments

Rogol, Cabul Murid Dalam Makmal KOTA BHARU – Perbuatan jahat seorang guru sains dan bahasa Cina yang sanggup memperkosa serta mencabul seorang murid darjah enam berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh, Yek Hock Soon, 29, dari Sitiawan, Perak, didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Hock Soon yang telah berkahwin dan baru mendapat...

Semasa Search form
UserOnline
Selamat Datang
Blog ini mengumpul artikel-artikel serta info terkini berkenaan dengan isu semasa, sukan serta dunia hiburan tanah air untuk tatapan umum.

Segala bahan yang terkandung didalam blog ini bukan daripada penulis kecuali dinyatakan.


Mini Chat Room